Maklumat untuk semua calon :
1. Sila pastikan setiap pembetulan dilakukan pada folio yang telah disemak.
2. Minggu Akhir Jun adalah untuk semakan ke 2 untuk penskoran.
Prestasi mata pelajaran teknikal dalam SPM 2011. Tahniah buat semua khususnya buat semua guru yang berusaha memastikan prestasi subjek berada pada tahap yang baik. semoga tahun 2012 akan lebih cemerlang. Insyaallah .
Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon pelajar SMK Ayer Baloi khususnya buat pelajar RC dan LK. Semoga anda semua telah bersedia. Anda diminta memastikan semua urusan kerja kursus selesai dengan jayanya.
2012 sudah pasti merupakan tahun paling menncabar buat panitia RC SMK Ayer Baloi dimana Panitia RC kehilanngan dua guru yang sangat komitmen iaitu cikgu Mardiana dan cikgu aziz yang telah berpindah. Semoga mereka berdua berjaya disekolah baru. terima kasih dari SMKAB
DIharap semua calon LK dan RC SMK Ayer Baloi dapat bersedia dengan bahan2 yang telah diberikan oleh guru untuk persiapan peperiksaan nanti. Semoga anda semua terus berjaya.
Tahniah buat Cikgu Aziz kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama SMK Ayer Balloi di peringkat Kebangsaan dengan berjaya mendapat tempat ke 3 sempena Hari Harta Intelek Negara Tahun 2011. Kejayaan ini adalah kejayaan ke dua setelah mendapat tempat yang sama pada tahun 2009. Semoga usaha ini akan diteruskan hingga ke tahun2 seterusnya.
Buat semua calon RC dan LK SMKAB 2010 ..tahniah buat semua yang berjaya. Semoga anda akan terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Tahniah dari saya selaku GKTV SMK Ayer Baloi kerana berjaya muncul JOHAN dalam Festival Malaysia Inovatif Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah pada 24 - 26 Nov 2010